
Bangun pagi, dah bersiap pakai baju raya, pertama sekali
kena la salam mintak maaf kat mak dan abah. Masa ni kena la buat muka insaf
sikit sambil jeling-jeling kat saku baju abah. Ada budget duit raya tak? Aku
tak mengharap banyak sangat mak atau abah nak bagi. Dah cukup la dapat baju
baru dua tiga helai ni. Dapat makan free hari-hari lagi. Apalagi yang nak?
Bersyukur aje la.
Balik dari sembahyang raya aku terus ke rumah nenek.
Biasanya nenek tak kedekut bagi duit raya kat cucu-cucunya. Tambah pulak aku ni
cucu nenek yang paling ‘kamcing’ dengan nenek dan yang paling comel (nenek yang
cakap, bukan aku). Nenek ni nampak je hidup sederhana tapi ada tanah
berekar-ekar, rumah sewa berderet-deret. Dah berkali-kali dah naik haji.
Setakat duit raya kaler ungu tu sambil jeling je nenek bagi. Kena diam-diam ni.
Kalau mak tau nanti mak mintak persen.
Hari raya ni semua saudara mara pakat-pakat balik kampung. Adik
beradik abah ada 10 orang. Adik beradik mak ada 11 orang. Semuanya dah kerja.
Ada pak long, mak long, pak teh, mak ngah, pak su, mak su dan ramai lagi la.
Kalau seorang bagi seringgit seorang pun dah berapa tu. Kalau RM100 seorang?
Tak ke lumayan tu. Ermm... RM100...dalam mimpi je la.

Kalau nak lebih kena la jalan jauh sikit. Tapi cuba
bayangkan, kalau satu rumah kami makan tiga biji biskut dan segelas air. Kalau
20 buah rumah dah berapa biji biskut kami makan dan berapa gelen air kami dah
minum? Hanya kerana duit raya.
Ada juga kes-kes terpencil yang bila balik rumah buka je
sampul raya tengok kosong. Orang yang bagi ni sengaja atau tak sengaja tak
dapat dipastikan. Tapi kalau dia sengaja percayalah, dia sudah mengguris hati
kanak-kanak di hari raya yang mulia ini.

+Simpan duit tu kat Tabung Haji. Buat gi Mekah- Pesan nenek.
CERITA INI DIAMBIL DARI ANA MUSLIM
No comments:
Post a Comment