
Selesai mandi, aku tengok baju sekolah dah siap mak aku
‘iron’ kan. Ni baju ‘recycle’ dari abang aku tahun lepas. Dia dah tak muat. Dah
rendam dengan ‘clorox’ dan kanji nampak baru la baju ni.
Pergi sekolah aku tumpang abang ngah aku naik basikal choppernya. Masam semacam je muka dia.
Mesti pasal kena tumpangkan aku la ni. Selalunya lepas balik sekolah abang
melencong ke tempat lain. Kali ni kena hantar aku dulu. Biasa la, jadi abang
kena la ada tanggungjawab.
Ni budak kelas aku. Orang lain datang sekolah bawak buku,
dia datang bawak mainan. Ni mesti kes tak boleh berpisah dengan aktiviti harian
kat rumah ni. ‘Come on’ la, kita dah besar, mainan ni baby-baby kiut je layan.
Bila cikgu kelas masuk, semua diam. Takut betul budak-budak
ni. Maklum la hari pertama. Yang cikgu ni pun satu , aku tengok cikgu-cikgu
sekolah ni semua muka garang-garang. Ada masalah peribadi ke? Salah cara ni.
Patutnya cikgu kena la lemah lembut, penyayang dan manis muka. Baru la budak
seronok nak belajar dan takde la kes ponteng sekolah.
Aku kat sekolah jenis penyegan. Kalau takde orang tegur nak
berkawan, aku diam je la. Tapi dalam ramai-ramai tu sorang budak perempuan ni
berani tegur aku. Siti namanya. Jadi dialah kawan pertama aku kat sekolah.
Sebagai meraikan persahabatan, hari ni aku belanja Siti aiskrim.
Tengah syok makan aiskrim datang tiga orang pelajar senior
nak ‘pau’ duit aku. Aku dah nak nangis dah. Badan besar-besar tu. Tanpa aku sangka
Siti perambat diorang dengan penyapu. Tak sangka aku Siti yang comot ni berani
orangnya.
Balik rumah mak bising kat aku, baju sekolah kotor sangat.
Baru sehari pakai. Pastu mak lagi bising bila buku latihan dah buat jadi diari.
Tak kisah la. Cuma aku tak sabar nak gi sekolah lagi besok.
Lagipun aku dah ada orang yang jaga.
CERITA INI DIAMBIL DARI ANA MUSLIM
No comments:
Post a Comment