Kat kampung aku dulu tinggal seorang lelaki misteri, Abang Zafran namanya. Kalau dilihat pada fizikalnya takde apa yang pelik. Dengan baju mekanik warna kuning dan helmet full facenya Abang Zafran ada la nampak hensem juga tapi bila dengan basikal peliknya yang dibuat sendiri, Abang Zafran memang nampak tak berapa nak betul.
Kerja Abang Zafran hari-hari ialah meronda satu pekan dengan basikalnya sambil mencari besi buruk.Rasanya itulah sumber pendapatan Abang Zafran. Jadi tak hairan la penduduk kampung selalu nampak dia di kawasan kilang-kilang, kedai-kedai besi dan kedai nasi kukus Cik Omar.
Kat kampung, Abang Zafran tak berapa nak 'mesra rakyat'. Takde nampak dia bergaul dengan orang kampung.Pagi-pagi dah keluar kerja, maghrib baru balik dengan hasil kutipannya. Tinggal pula sorang-sorang
di rumah buruk yang berdindingkan zink karat. Tapi nampak dia bahagia dengan hidupnya.
Oleh kerana perangainya yang pelik dan suka menyendiri,Abang Zafran selalu dipandang serong oleh orang kampung sehinggakan bila ada kes kecurian di kampung kami,Abang Zafran la yang menjadi suspek utamanya walaupun takde bukti dia yang lakukan. Itu belum kira kes anak dara yang hilang dari rumah lagi tu.
Oleh kerana Abang Zafran ni dah glamour satu kampung, satu hari aku dan kawan seperguruan aku cuba nak siasat apa betul ke Abang Zafran ni seorang pencuri? Apa sebenarnya aktiviti dia seharian? Jadi kami ikut ke mana dia pergi. Tengok apa yang dia cari, betul ke besi buruk atau itu mesin basuh makcik Nordi yang hilang.Seronok jugak kerja kami buat ni. Dah rasa macam polis 'Gerak Khas'.
Pernah kami ikut sampai ke rumah dia,mana tau kat situ boleh dapat bukti yang kukuh.Tapi belum sempat kami jumpa bukti, Abang Zafran dah jumpa kami dulu. Lintang-pukang kami lari,takut kena kidnap pastu mana tau dia mintak pula wang tebusan lapan juta kat keluarga kami, sapa yang susah? Mak ayah aku jugak yang susah.
Satu petang yang indah, kecoh satu kampung yang satu sindiket curi motor dan kereta telah berjaya diberkas polis. Dan masa tu juga orang kampung nampak yang Abang Zafran ada di tempat kejadian. Tapi dia bukan suspeknya,Abang Zafran la yang memberkasnya.Hari tu satu kampung akhirnya tahu yang Abang Zafran rupanya seorang Polis Undercover.
+Jangan menilai seseorang dengan rupa luarannya sahaja.
CERITA INI DIAMBIL DARI ANA MUSLIM.

No comments:
Post a Comment