Di belakang rumah aku ada berdiri megah pokok rambutan. Bila aku kira, tak banyak mana pun ada la dalam sepuluh pokok. Tapi bila dah tiba musimnya memang hidup aku mewah dengan rambutan. Masak ranum mewah di atas, melambai-lambai ditiup angin. Tunggu saat je aku nikmati isinya yang lekang bukan dek panas.
Satu masalahnya buah rambutan ni bukannya gugur sendiri macam buah durian. Pokok pula tinggi-tinggi. Aku ni bukannya spesies memanjat,tak retinya. Menjalar atas tanah tau la aku.Biasanya orang kait pakai galah buluh yang diletak sabit hujungnya. Tapi galah ni Ya Rabbi...mengalahkan anak kerbau beratnya. Tak terangkat aku.
Jadi kena la pakai khidmat spesies memanjat. Ni dia, abang aku. Pasal tu la dia poyo dan eksen semacam je. Itu baru tahu panjat pokok, kalau tahu anyam tikar tak tau la macam mane. Satu lagi abang aku ni eksen pasal bila time musim buah dia lah yang jadi anak kepercayaan mak.
Sebelum dapat makan rambutan ni la kena dera dengan abang dulu. Dia yang makan buahnya dulu. Kami yang kat bawah ni dia bagi kulit je.Dah puas dia makan baru dia ambilkan untuk kami,itu pun buah yang putik. Tak pe la, ini hari dia. Besok hari Jumaat belum tentu hari aku lagi. Entah bila boleh balas dendam ni.
Bila betul-betul musimnya, buah rambutan ni memang tak habis kami nak makan sekeluarga.Jadi mak akan jual kat pasar tani.Masa ni la aku dan kakak akan sibuk pasal paksa rela kena kutip buah rambutan ni. Dah itu je skill yang kami ada. Dah la waktu petang, time rancangan kartun tengah mengganas tu.
Bukan sikit punya kerja nak kutip rambutan ni. Dah tu kena cari dalam semak lagi. Entah terjumpa biawak atau Tyrannosaurus mana tau kan. Tak ke kerja bahaya tu. Tapi atas keinginan nak tolong mak, aku gagahkan juga sambil dalam kepala dok fikir apa jadi dengan Ultraman kat TV? Berjayakah dia bunuh raksasa cicak tu? Sekali turun padang biasanya dapat la dalam lima kelapan guni rambutan kami kumpul. Tak la semua pokok dihabiskan. Besok kena sambung lagi.
Esoknya pagi-pagi lagi mak dengan ayah bawa rambutan ke pasar tani. Bukan jual sendiri tapi tolak kepada peraih kat pasar. Tak tau pulak aku berapa mak letak harga untuk satu guni. Satu kilo rambutan rasanya RM3. Satu guni rasanya dalam 15 kilo kot. Ah! susahlah nak kira. yang pasti tiap kali jual rambutan kami sekeluarga dapat makan ayam. Kira mewah la tu.
Tapi itu dulu, masa tengah mewah dengan buah-buahan. Dulu nak makan buah apa petik je kat belakang rumah. Ada pokok durian, jambu batu, limau, manggis, mangga dan macam-macam lagi la. Sekarang nak makan semua kena beli. Nasib baik la pokok lalang tak de orang jual lagi.
Sekarang bila usha kat belakang rumah tu, pokok rambutan yang ranum berbuah dulu banyak dah jadi tunggul kayu. Ada pembalak haram ke yang dah ceroboh ni?
+bertani satu ibadah
CERITA INI DIAMBIL DARI ANA MUSLIM
+bertani satu ibadah
CERITA INI DIAMBIL DARI ANA MUSLIM
No comments:
Post a Comment